2nd AACLS INTERNATIONAL WEBINAR
The Role of Laboratory during COVID-19 Pandemic : The Shared Experience

Download Speaker's Note : 

Live Video : Borneo Scientific Meeting 2017

Posted on Jul 28, 2017 by admin@MIMLS

Live Video : Borneo Scientific Meeting 2017

RTM1 BERITA WILAYAH 5 PETANG - LANGSUNG DARI SARAWAK | 26/07/17

Profesion Juruteknologi Makmal Perubatan Sebagai Pakar Teknikal Akan Berubah Berikutan Adanya Pengetahuan Dan Teknologi Baru Masa Kini

  • Presiden Institut Sains Makmal Perubatan Malaysia (MIMLS) Badarul Zaman Abdul Aziz berkata, ini penting bagi meningkatkan kualiti profesion golongan itu melalui pengumpulan pengetahuan saintifik dan kemahiran untuk diiktiraf sebagai profesion yang sebenar.
  • Pihak Institut telah menyediakan program saintifik merangkumi pelbagai topik antaranya bidang sains makmal perubatan, bidang patologi, dan sains hayat.
  • Badarul Zaman berucap demikian pada Persidangan Saintifik Borneo 2017 di Kuching. Persidangan yang berlangsung selama 2 hari itu dihadiri oleh 120 juruteknologi makmal perubatan dari hospital kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia, selain turut menampilkan 21 orang pembentang kertas kerja.
  • Dalam pada itu, beliau memberitahu Akta Profesion Kesihatan Bersekutu telah diluluskan dan kini masih menunggu penguatkuasaan kerana setiap kesatuan kesihatan profesional perlu didaftarkan dan mendapatkan sijil amalan. Sijil amalan tersebut hendaklah diperbaharui dalam tempoh 2 tahun sekali kerana ia merupakan salah satu syarat perbaharuan, iaitu dengan pengumpulan mata pembangunan profesional yang berterusan, atau CPD, menerusi aktiviti pendidikan dan kemahiran.

RTM1 BERITA WILAYAH 5 PETANG - LANGSUNG DARI SARAWAK | 27/07/17

Kumpulan Juruteknologi Makmal Perubatan Perlu Meningkatkan Kemahiran & Pengetahuan Seiring Dengan Perubahan Semasa, Ke Arah Penjenamaan Semula Bidang Sains Bioperubatan - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

  • Menurut Ketua Menteri, ini kerana peranan kumpulan profesional itu dilihat amat penting dalam mengendali dan mengkaji sampel-sampel pesakit bagi membantu para doktor menentukan keputusan dan tindakan sewajarnya terhadap pesakit.
  • Negara kita hanya mempunyai 6,000 juruteknologi makmal perubatan. Jumlah ini tidak dapat menampung keperluan sedia ada, khususnya dalam mengendali beribu-ribu sampel setiap tahun berikutan populasi penduduk yang semakin meningkat.
  • Justeru, penaiktarafan profesion itu kepada saintis dalam bidang sains bioperubatan bukan saja akan meningkatkan standard bidang perubatan negara, malah membuka ruang kepada golongan profesional ini untuk menceburi bidang akademik dan penyelidikan kesihatan.
  • Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dato Sri Michael Manyin Jawong ketika menyempurnakan Majlis Makan Malam Persidangan Saintifik Borneo anjuran Institut Sains Makmal Perubatan Malaysia (MIMLS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

 

IHSAN from @RTM.Sarawak